Bank Bergerak akan diperbanyakkan di pedalaman Sarawak – Wan Junaidi

Saya baru mengadakan perbincangan bersama YB. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkenaan tujuan untuk mengembangkan cawangan, cawangan kecil, Bank Bergerak dan melantik wakil-wakil Bank Rakyat di kawasan pendalaman seluruh Negeri Sarawak.

Dalam perbincangan tersebut, secara prinsipnya saya bersetuju agar Bank Rakyat, Tekun Nasional dan Koperasi membantu masyarakat luar bandar di negeri Sarawak dengan menampah banyak lagi kemudahan Bank Rakyat, Tekun Nasional dan Ar Rahnu di luar bandar Sarawak.

MEDAC secara prinsipnya juga bersetuju untuk menyokong rancangan negeri Sarawak untuk menyampaikan perkhidmatan Bank Rakyat, Tekun Nasional dan Koperasi kawasan di luar bandar seperti di Serian, Kapit, Mukah, Lawas, Ulu Beram dan di beberapa pusat pembangunan yang telah di kenal pasti beberapa kawasan-kawasan luar bandar Sarawak.

Saya melihat pelan cadangan ini akan membantu ekonomi Negeri Sarawak dengan perkhidmatan yang bakal disediakan oleh pihak Bank Rakyat, Tekun Nasional dan juga Ar-Rahnu. Dalam masa yang sama MEDAC boleh membangunkan usahawan dan koperasi di luar bandar secara inklusif.

Turut hadir bersama saya dalam pertemuan ini ialah Datu Hj Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Timbalan SUK Sarawak, Encik Mohamad Shibli Bin Abg Sapuan, Ketua Perbankan Perniagaan Bank Rakyat Malaysia dan juga Puan Sharbina Binti Sharbini, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Matang Jaya.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#StayAtHome
#KitaJagaKeluargaKita
#UsahawanJanganPutusAsa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker