Video takbir : Terbalik jadinya, agungkan ‘mat rempit’, salahkan polis pula.

Share

Terbalik jadinya, agungkan ‘mat rempit’, salahkan polis pula – Ayob Khan

Polis Johor meminta agar masyarakat tidak mengagungkan budaya ‘mat rempit’ sehingga menyalahkan polis yang bertugas membanteras kegiatan lumba haram di negeri itu.

Sebaliknya, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, orang awam perlu menghargai pengorbanan pegawai mahupun anggota yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketidakpuasan segelintir netizen terhadap polis Johor ketika mengiringi ‘mat rempit’ yang ditahan sambil memasang takbir raya pada pembesar suara kepada mereka.

“Bagi saya, masyarakat perlu faham, sepatutnya masyarakat mengkritik aksi ‘mat rempit’ pada malam raya. Patutnya malam raya mereka duduk rumah dengar takbir raya bukan merempit.

“Jadi kita harap masyarakat jangan memberi komen ‘positif’ atau sokong tindakan ‘mat rempit’, polis pula disalahkan. Terbalik jadinya,” katanya.

Video yang viral pada Ahad berdurasi seminit setengah itu memaparkan beberapa ‘mat rempit’ menyorong motosikal selepas mereka ditahan.

Katanya lagi, polis akan meneruskan operasi membanteras kegiatan lumba haram yang semakin menjadi-jadi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Awani

(Visited 37 times, 1 visits today)

One thought on “Video takbir : Terbalik jadinya, agungkan ‘mat rempit’, salahkan polis pula.

  • May 26, 2020 at 08:11
    Permalink

    Patutlah ada bangsa lain cop orang Melayu ni Bodoh terutama yang merempit dan yang marahkan polis menahan Mat2 Rempit Tak Berguna ni. Bila digelar Bodoh marah, tapi diri sendiri suka buat perangai bodoh. Jadilah bangsa cerdik.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!