Enam kedai hangus petang raya

Share

Kebakaran itu membabitkan dua kedai runcit, dua stor penyimpanan barangan runcit, bengkel motosikal dan kedai tayar.

Turut hangus terbakar, sebuah van yang diparkir di hadapan kedai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi, berkata pihaknya bergegas ke lokasi itu sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 petang bersama tujuh anggota menggunakan sebuah jentera dan kenderaan utiliti.

Menurutnya, sebaik tiba dari BBP Beluran sejauh 93 kilometer didapati kedai-kedai itu yang berada dalam blok yang sama sedang terbakar.

“Usaha memadamkan api segera dijalankan dan api hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.48 malam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran membabitkan enam lot kedai dan sebuah kenderaan.

“Kebakaran tidak membabitkan mana-mana mangsa cedera atau kehilangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rastam berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan lanjut.

BH

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!