PAS sudah bincang, terima siapa saja calon BN, PN di Chini

Share


PAS telah mengadakan perbincangan berhubung pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berikutan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, pada 6 Mei lalu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata perbincangan lanjut bersama Perikatan Nasional (PN) akan dibuat dalam masa terdekat ini.

“Kita dah bincang di peringkat kita (PAS) dan memandangkan kerusi tersebut adalah kerusi yang dimenangi oleh BN (sebelum ini), jadi kita akan mengadakan perbincangan yang lebih lanjut dengan BN dan PN untuk kerusi DUN Chini.

“Dan nanti keputusan akhir adalah daripada PN,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mkini

(Visited 19 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *