Gelombang kedua landa Malaysia, kes Covid-19 lonjak ke 50

Jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat secara mendadak kepada 50 orang selepas 14 kes dicatatkan dalam tempoh sehari.

Ini adalah bilangan terbesar kes yang dirakamkan dalam sehari selepas tujuh kes dilaporkan pada 3 Mac.

Kementerian Kesihatan berkata kebanyakan kes baru berkenaan dikesan berasal dari Pesakit 26.

Kes 26 itu dikenal pasti sebagai pegawai kanan Khazanah Nasional Berhad dan UDA Holdings Berhad.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, gelombang pertama jangkitan Covid-19 itu merangkumi 22 kes (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) telah sihat dan discaj.

“Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes,” katanya.

Mkini

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker