Muhyiddin dikuarantin selepas pegawai positif Covid-19

Muhyiddin Yassin disahkan negatif Covid-19 selepas seorang pegawai yang menghadiri satu mesyuarat dipengerusikan perdana menteri dijangkiti virus itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Muhyiddin mula menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari petang ini.

“Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.”

Mesyuarat pasca Kabinet itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu lalu.

Katanya, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan ketat setiap masa.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker