Ajaib: Masih Bertahan Walaupun 8 Kali Positif Covid19

Share


OTTAWA: Mengejutkan apabila seorang wanita di Kanada yang dijangkiti Covid-19 pada Mac lalu menunjukkan positif wabak itu sebanyak lapan kali.

Tracy Schofield dari Cambridge, Ontario, disahkan belum bebas daripada virus itu selepas menjalani sembilan saringan.

Wanita itu berkata, dia mengalami gejala Covid-19 termasuk demam dengan suhu 41 darjah Celcius, menggigil dan sesak nafas pada 30 Mac.

Dia disahkan positif virus berkenaan untuk pertama kalinya pada esoknya.

Menurut CTV News, lebih malang apabila ketujuh-tujuh ujian saringan seterusnya mengesahkan dia masih positif virus berkenaan.

Pada ujian kelapan, dia disahkan negatif Covid-19, tetapi kegembiraannya tidak bertahan lama apabila kembali disahkan positif virus itu pada ujian kesembilan.

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pesakit perlu disahkan negatif menerusi dua ujian diadakan berturut-turut sebelum boleh diisytiharkan bebas virus berkenaan.

Ketika ini, Schofield masih menunggu untuk menjalani ujian saringan untuk kali ke-10.

Kini, selepas lebih 50 hari dia memberitahu kepada CTV dia masih mengalami sesak nafas. – Agensi

Wanita itu yang tinggal bersama anaknya yang berusia 17 tahun berkata, dia tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi bimbang virus itu menyebabkannya berisiko terdedah kepada penyakit lain.

Dalam pada itu, Profesor Immunologi di Universiti Waterloo di Ontario, Brian Dixon, berkata, terdapat kebarangkalian ujian saringan memberi keputusan salah.

“Ia memandangkan individu hanya memberi sampel yang kecil daripada badan mereka,” katanya.

(Visited 4 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *