78 kes jangkitan baru Covid-19, 1 kematian

Share

Seramai 1 korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 115 orang.

Dalam perkembangan sama, 78 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,137 orang sehingga kini.

Daripada kes baru yang dilaporkan, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.


“Daripada 53 kes penularan tempatan, 40 kes adalah bukan warganegara Malaysia, di mana 25 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini

Ketika ini seramai 1,163 pesakit sedang dirawat.

“Terdapat 9 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi. Daripada jumlah tersebut, 5 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.


Sementara itu, Hisham mengumumkan 63 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,895 orang sehingga kini.

Mengenai kematian hari ini, mangsa lelaki tempatan berusia 65 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Dia dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 3 Apr dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei 2.58 petang.


FMT

Leave a Reply