Saya takkan berhenti cuba jatuhkan Muhyiddin, kata Dr M

Share


Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana berang dengan penggantinya memberi peluang kepada parti dicemari rasuah yang ditolak pengundi dalam pilihan raya umum 2 tahun lalu, kembali berkuasa.

Rabu lalu, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kesahihan pakatan Muhyiddin yang berusia 2 bulan setengah dengan Umno.

“Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.

Muhyiddin yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Mahathir, tanpa disangka dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac lalu selepas mendapat sokongan Umno untuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

Pembangkang mendakwa Muhyiddin mencuri kuasa dengan menukar perikatan berbanding mendapatkan jawatan nombor satu itu melalui pilihan raya.

Awal minggu ini, kerajaan Perikatan Nasional berjaya mengelakkan undi tidak percaya yang diusulkan Mahathir, dengan bertegas Parlimen memberi keutamaan kepada usaha membendung penularan Covid-19 dan kemerosotan ekonomi.

Tetapi, Mahathir berkata, pakatan Muhyiddin hanya meraih kelebihan 2 kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan berkata beliau akan meneruskan kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan PN.

“Itu majoriti paling kecil yang pernah diperolehi mana-mana kerajaan di Malaysia,” kata Mahathir.

“(Muhyiddin) akan berdepan masalah besar kerana apa saja peluang yang kami ada untuk membuktikan tidak sah bagi beliau menjadi perdana menteri, kami akan lakukannya.”

Katanya, parti pembangkang akan menolak rang undang-undang yang dibawakan kerajaan Muhyiddin di Parlimen, jika undi percaya tidak dibenarkan dibentang.

“Jika semua yang dibawanya ke Parlimen ditolak, bagaimana beliau mahu teruskan?”

FMT

(Visited 284 times, 136 visits today)


6 thoughts on “Saya takkan berhenti cuba jatuhkan Muhyiddin, kata Dr M

  • May 21, 2020 at 11:32 am
    Permalink

    Kerja dia menjatuhkan semua PM termasuk diri dia sendiri. Apa punya makhluk lah ni ??

    Reply
  • May 21, 2020 at 1:51 pm
    Permalink

    Dalam bulan mulia ini, dia berikrar nak jatuhkan TSMY YG menegakkan sinar Islam dgn barisan cabinet yg mesre islam. Atuk dulu bentuk cabinet yg di kuase kafir/kominis dan byk ussue menghina islam, tak blh azan, tak blh bawa khat/jawi dlm sekolah, islam ugame taliban dan terrorist, zakat fithrah yg diurus oleh badan baitul mal perlu diagih same rata termasuk kpd bukan islam, serta byk projek bina masjid dipertikan tpi pembinaan kuil dan tempat ibadat bkn muslim dan tok kong tumbuh mcm cendawan dibolehkan dll lagi. Kenape sebagai Atuk sebagai saorg islam berikrar nak jatuhkan sabuah pentadbiran islam dlm bulan yg mulia ini, demi utk balas dendam dan gilakan kuase. Atuk dah keluarge dah kaye didunia ini, jangan lah tambakkan dose dgn nah jatukkan sabuah kerajaan islam yg sedang memerintah. Itu perbuatan yg amat hina dan syrik dan org islam perlu memeranginye. Dosenya amat besar perlu dijawab diakhirat nanti. Syukuri lah nikmat yg diberi Allah dan jgn lah buat perkare yg merosakkan yg dibenci Ugame dan Allah SWT.

    Reply
    • May 21, 2020 at 10:27 pm
      Permalink

      Dibimbangi dlm ghairah nak jatuhkn org lain ajalpun smp. Awak yg dulu jatuh trsungkur ke bumi.

      Reply
  • May 22, 2020 at 11:46 am
    Permalink

    Krn dendam madey sanggup buat apa saja. Bilalah agaknya org tua ni nk mampos. Rakyat malaysia merana dgn mainan politiknya yg bersifat dengki dan hati busuk. Dia x boleh tgk org lain lbh baik drnya. Apa punya manusia yg berhati busuk mcm ni. Yg aku herannya knplah masih ada org yg ikut kehendak madey sdgkan anwarpun ditipu hidup2 inikan pulak kita yg ntah sapa2 ni. Sejarah tlh mencatatkan bhw ” MADEY TAK PERNAH BERSETUJU DGN PENGGANTINYA”

    Reply
  • May 22, 2020 at 5:04 pm
    Permalink

    Tun kita serah pada rakyat bubar parlimen buat pilihan raya,sebelum tu cari warga Cina yg masok negara ini yg belum keluar dari negara bertuah ini dan tengok bolih ke PH nak menang rakyat pun dah meluat tengok perangai PH semua MP bukannya bodoh tapi kebodohanya tahap gaban skg ni rakyat dah meluat tengok perangai semua MP PH ada yg nak jawatan dan bohong pada rakyat sahaja.

    Reply
  • May 27, 2020 at 8:06 am
    Permalink

    atok bengang perwakilan tak pilih dia balik jadi pm8…meroyan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *