Lebuhraya Utara-Selatan ‘dibanjiri’ ribuan kenderaan

Lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan didapati meningkat sejak semalam, dengan kenderaan tidak bergerak di 4 lokasi.

Seorang kakitangan dari pusat penyelarasan lebuh raya berkata lokasi terbabit adalah kawasan Tanjong Malim dan Putra Mahkota dari Sungai Besi ke Seremban, KLIA dan Skudai.

“Ada ribuan kenderaan di lebuh raya,” katanya kepada FMT, sambil menambah ia memakan masa berjam-jam untuk lalu lintas itu kembali lancar berikutan lebih banyak kereta memburukkan lagi kesesakan itu.

Beliau menambah lalu lintas amat sesak di kawasan dari Sungai Besi ke Seremban.

Polis membuat sekatan jalan untuk mengelak orang ramai daripada melakukan perjalanan merentasi negeri berikutan kekangan pergerakan awam dilanjutkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sehingga 9 Jun.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata 3,212 pemandu diarahkan berpatah balik di sempadan negeri, peningkatan daripada 1,175 yang diarahkan berpatah balik pada Isnin.

Beliau juga menegaskan perjalanan merentas negeri hanya dibenarkan atas sebab kecemasan dan dengan izin polis.

Hari ini, beliau berkata mana-mana individu cuba merentas negeri dengan alasan balik ke kampung bukan sahaja perlu diarah patah balik, tetapi dikenakan kompaun.

FMT

Related Articles

One Comment

  1. Kalau terlalu berlembut, maka macam nielah jadinya. Tak kan kita tak tahu sikap orang Malaysia nie. Diberi betis nakkan peha. Sis2 saja pengorbanan anggota di barisan hadapan. Contoh terbaik kes di Kuala Krai, patutnya terus balik ke rumah tapi singgah macam2 tempat, bersalam berpeluk dengan ramai orang, habis oranng yang sihat jadi sakit.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker