Klip Audio Bersatu: Anwar Jawab Mahathir 11.30 pagi ini

Sejak 2 , 3 hari yang lalu gegak gempita klip audio rakaman mesyurat MPT Bersatu yang dijalankan pada 23/2/2020 telah bocor dimedia sosial bersama dengan beberapa klip audio yang lain sebelum ini. Dalam pendedahan rakaman tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa keputusan Bersatu untuk keluar daripada Pakatan Harapan adalah keputusan yang telah diputuskan oleh MPT bersatu dan dipersetujui oleh Mahathir dan bukanlah seperti penafian yang dimaklumkan sebelum ini oleh Mahathir.

Namun apa berlaku telah seperti menjadi sejarah Bersatu telah keluar daripada PH yang menyebabkan Kerajaan PH tumbang dan Muhyiddin diangkat sebagai Perdana Menteri melalui Perikatan Nasional.

Lihat: https://mykmu.net/2020/05/19/rakaman-audio-pengkhianatan-sebenar-tembelang-mahathir-kian-terbongkar/



Namun apa yang menarik, dalam mesyuarat tersebut Mahathir bukan sahaja bersetuju untuk keluar daripada PH, malah Mahathir dengan jelas mengatakan bahawa beliau tidak suka pada DAP dan juga Anwar. Selama ini mahathir telah mengamalkan politik hipokrasi tahap tertinggi dengan terpaksa bekerja sama dengan DAP dan Anwar.

Pada awalnya ramai juak Mahathir telah menafikan akan ketulenan audio berkenaan walau bagaimanapun Mahathir sendiri telah mengesahkannya semalam. Hakikatnya DAP dan  khususnya Anwar telah terpedaya serta terbelit dengan seni kelicikan politik Mahathir

Baca : https://mykmu.net/2020/05/20/klip-audio-mahathir-sahkan-ianya-tulen/

Melalui semakan di FB Anwar perkara berkenaan telah ditanya secara bertalu – talu oleh pelayar media sosial yang mahukan komen dan pendirian Awnar mengenai perkara tersebut. Anwar telah memberikan komen bagi perjawab pertanyaan berkenaan dan akan menjawabnya pada 11.30 pagi ini.  Dalam keadaan seperti ini Anwar tidak ada banyak pilihan samada mahu berkecil hati dan berpatah arang dengan Mahathir atau menelan sahaja segala apa yang berlaku dan menerima apa sahaja penjelasan mahathir nanti.



Sama – samalah kita nantikan..

 

 



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker