Hanya tinggal RM26, Ronaldinho antara bintang jatuh miskin

Share


BEKAS bintang Barcelona, Ronaldinho adalah antara pemain terkemuka dunia yang disenaraikan pernah meraih kekayaan sebelum jatuh miskin.

Ronaldinho dilaporkan hanya mempunyai £5 (RM26) di dalam akaun banknya bulan lalu ketika dia sedang berdepan hutang sebanyak £1.75 juta (RM9.2 juta).

Pemain yang mempunyai kemahiran tinggi itu dikenakan denda yang berat kerana melakukan pembinaan di kawasan perlindungan terlarang di Brazil.

Di sebalik menjual hartanya yang lain, Ronaldinho masih gagal untuk membayar segala hutang yang menyaksikan pasport miliknya dibekukan.

Turut berada dalam senarai seperti dilaporkan The Sun adalah bekas penyerang Sunderland, Asamoah Gyan yang pada satu ketika pernah memiliki kereta mewah Rolls-Royce.

Namun baru-baru ini dia mendakwa hanya mempunyai £600 (RM3,100) di dalam akaun banknya dan gagal menanggung keluarganya.

Gyan yang pernah dilaporkan pernah meraih pendapatan £227,000 (RM1.2 juta) seminggu di Shanghai SIPG, kehilangan banyak wang selepas berdepan dengan masalah keluarga.

Sementara itu di sebalik meraih kekayaan £20 juta (RM105 juta), bekas penjaga gol nombor satu England, David James diumumkan muflis pada 2014.

Penceraian pada 2005 menyaksikan hutangnya semakin meningkat dan mahkamah mengarahkannya untuk menjual satu persatu harta miliknya.

Antara pemain lain yang tersenarai adalah legenda Argentina, Diego Maradona, Paul Merson, John Arne Riise, Eric Djemba Djemba, Brad Friedel, Keith Gillespie dan Paul Gascoigne.

HM

(Visited 5 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *