Mahathir, Rekod Lidah Bercabang & Tamak Kuasa

Sampai bila mahu menongkat dunia diusia senja sebegini. Kita masih ingat lagi segala sindiran hinaan dan cercaan terhadap seteru politik beliau Almarhum TGNA berkenaan soal tamak kuasa kini semuanya kembali kepada beliau. Sepatutnya Tun muhasabah diri sedalamnya kerana semakin hampir umur untuk mengadap Rabul Jalil semakin banyak aib beliau yang Allah buka. Sedarlah ini adalah petunjuk daripada Allah agar sedar segala kesalahannya.

Sudahlah.. cukuplah..

Admin

REKOD TUN TAMAK KUASA

Di dalam wawancara yang disiarkan oleh Mainichi Shimbun pada 3 Februari 2018, Tun Dr Mahathir menyebut: “Paling lama, saya akan bertahan (sebagai Perdana Menteri) untuk dua tahun.” Boleh baca di sini: https://mainichi.jp/eng…/articles/20180203/…/00m/0na/006000c

Di dalam siaran langsung di Facebook rasmi beliau pada 7 Februari 2018, Tun Dr Mahathir menyebut: “Dua tahun sebagai Perdana Menteri sudah mencukupi untuk menyelesaikan masalah”. Boleh tonton di sini: https://www.facebook.com/watch/live/?v=10155362814093652

Di dalam wawancara yang disiarkan oleh The Wall Street Journal pada 15 Mei 2018, Tun Dr Mahathir menyebut: “Saya terpaksa menjadi Perdana Menteri satu atau dua tahun.” Boleh tonton di sini: https://www.wsj.com/…/677B4199-95DA-42B6-A762-A13F65826F18.…

Alih-alih dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu Tun Dr Mahathir menyebut mahu kekal sebagai Perdana Menteri sampai habis penggal malah mungkin bertanding dan kekal sebagai Perdana Menteri lagi dalam penggal depan.

Apakah ini semua sahabat-sahabat kalau bukan ketamakan kepada kuasa?

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/05/WhatsApp-Video-2020-05-20-at-10.01.15.mp4[/KGVID]

TRANSKRIPSI KEPUTUSAN TUN DR MAHATHIR DALAM MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN PADA 21 FEBRUARI LALU

“Kalau fix sampai habis term pun it is also easy lah, but I may want to go into the fifth term and stand again, so don’t fix me to any term, I will decide, if you trust me I will decide, but I don’t have to tell you when, ok? It may be one day before Parliament is dissolved, it may be, I am not saying that it is, don’t quote me, don’t quote me, but please don’t fix the time, I will decide. It is just not you can’t agree, so if you can’t agree you have to accept my views lah.”

(“Kalau tetapkan sampai habis penggal pun senang lah juga, tapi saya mungkin akan teruskan ke penggal kelima dan bertanding lagi, jadi jangan tetapkan penggal, saya akan putuskan, kalau kamu percayakan saya saya akan putuskan, tapi saya tak akan beritahu kamu bila, ok? Mungkin sehari sebelum Parlimen dibubarkan, mungkin, saya tak kata begitu, jangan petik saya, jangan petik saya. Tapi jangan tetapkan masa, saya akan putuskan. Ia bukan hanya kerana kamu tidak boleh bersetuju, jadi kalau kamu tidak boleh bersetuju kamu kena lah terima pandangan saya.”)

Dr. Kamarul Yusof

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker