Jumlah kes lepasi 7,000 dengan 31 kes baru Covid-19

Share

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 melepasi angka 7,000 dengan 31 kes baru dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini melaporkan keseluruhan kes Covid-19 yang disahkan sehingga hari ini 7,009 kes.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,189 pesakit sedang dirawat ketika ini, 5,706 orang sembuh sehingga kini, dan 114 kematian.

Seramai 11 orang berada di unit rawatan rapi, dengan 7 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 60 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan pulang. Tiada kematian dilaporkan.

FMT

Leave a Reply