Peletakan jawatan Dr M sebagai pengerusi PPBM sah – JPPM

Share

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Pengerusi PPBM berikutan peletakan jawatannya di tengah-tengah pergolakan politik pada akhir Februari.

Surat daripada JPPM mengatakan pengunduran diri Mahathir sah dan Presiden Muhyiddin Yassin memangku jawatan itu juga sah.

“Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, presiden PPBM berhak memangku jawatan itu sehingga pemilihan diadakan, menurut Klausa 16.9 perlembagaan PPBM,” katanya.

JPPM juga mengesahkan surat tersebut adalah daripada JPPM bagi menjawab surat PPBM.

(Visited 105 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!