COVID-19 bukan punca krisis kewangan, tetapi krisis ekonomi sosial – Dr Jemilah

Share

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi global.

Dalam usaha untuk mengurangkan kesan terhadap isi rumah dan perusahaan perniagaan, kebanyakan pemerintah telah memperkenalkan pelbagai kebajikan dan pelan rangsangan ekonomi secara besar-besaran.

Namun, menurut Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, krisis yang berlaku di seluruh dunia ini merupakan peluang terbaik bagi sesebuah negara untuk memulakan semula (reset) sektor ekonomi.

“Apa yang dapat mencegah daripada berlakunya krisis ekonomi pada 2008 yang hanya mensosialisasikan kerugian, tetapi terus menswastakan keuntungan.

“Saya merasakan COVID-19 adalah peluang terbaik untuk kita memulakan semula (reset),” jelas Dr Jemilah pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa kejatuhan ekonomi itu bukanlah krisis kewangan, tetapi krisis ekonomi sosial.

“Hakikat bahawa kewangan Islam membenarkan keuntungan sosial dan ekonomi.

“Ia sememangnya dijadikan peluang terbaik, bukan hanya untuk menggabungkan tetapi benar-benar memimpin dan menunjukkan kesannya.

“Jadi, saya menggesa para pakar kewangan Islam, bank, institusi, untuk benar-benar memanfaatkan peluang ini,” tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu sesi perbincangan menerusi webinar anjuran The World Bank bagi membincangkan tentang bagaimana kewangan islam dapat membantu dalam menangani pandemik COVID-19.

Webinar itu membincangkan bagaimana instrumen kewangan Islam dapat digunakan untuk menyokong usaha pemulihan di negara-negara yang berbeza, dengan tumpuan khusus pada mereka yang mempunyai sektor kewangan Islam yang ketara atau berkembang.

Awani

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!