27 ahli MPT, pimpinan negeri BERSATU sokong Muhyiddin, tubuh PN

Malah, mereka juga menegaskan BERSATU membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat MPT pada 23 Februari lalu dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti lain di luar PH.

“Kami ingin menegaskan bahawa MPT BERSATU dalam mesyuaratnya pada 23 Februari lalu membuat keputusan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti lain di luar PH.

“Keputusan ini adalah jelas dan tidak perlu dipertikaikan. Kami juga menyokong sepenuhnya penubuhan PN sebagai sebuah gabungan parti politik dengan matlamat dan tujuan yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman PN,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Mereka berkata sokongan supaya BERSATU menyertai PN adalah ‘demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara.’

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden BERSATU, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Rashid Ansari; Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Bendahari Agung, Datuk Mohamed Salleh Bajuri; Ketua Penerangan, Dr Radzi Jidin.

Ahli MPT ialah Tan Sri Abd Aziz Mohd Yassin, Muhammad Zahid Md Arip, Datuk Dr Sukiman Sarmani, Azlinda Abd Latiff, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Wan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil, Dr Muhammad Faiz Na’aman, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Najwah Halimah Abd Halim.

Ahli MPT lain adalah, Datuk Nordin Salleh, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Wan Saiful Wan Jan.

Ketua BPN pula adalah Tan Sri Dr Rais Yatim (Negeri Sembilan), Datuk Kamarudin Md Nor (Kelantan), Datuk Seri Hajiji Nor (Sabah), Datuk Razali Idris (Terengganu), Mazlan Bujang (Johor), Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya (Wilayah Persektuan) dan Jaziri Alkaf A Suffian (Sarawak).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker