Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

Dalam Titah KDYMM Yang Di-Pertuan Agong di Parlimen pagi tadi jelas menjelaskan punca kejatuhan kerajaan PH adalah apabila Tun Dr Mahathir mengambil keputusan meletak jawatan Perdana. Menteri walaupun Baginda sendiri meminta agar Tun tidak berbuat demikian.

Berikut petikan teks Titah Baginda:
“Pada 24 Feb 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan perdana menteri Malaysia yang ke 7.

Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, beta telah terima perkenan menerima mengadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih, terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau.

Oleh yang demikian, beta bertanggung jawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baru sepertimana yang dikehendaki oleh perlembagaan persekutuan.

Perkara 43 yang memberi kuasa budi bicara
kepada beta untuk melantik seorang ahli dewan rakyat yang pada hemat beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat.

Lantaran itu, pada 25 Feb-26 Feb, beta telah mengadakan sesi pertemuan dengan ahli-ahli dewan rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka dan seterusnya pada 29 Februari, beta telah menitahkan semua parti-parti politik yang mempunyai wakil dalam dewan rakyat, untuk mencalonkan nama seorang ahli dewan rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Atas permintaan beberapa parti politik beta telah berkenan pula untuk melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik megnemukakan calonan mereka aggar masa yang cukup diberikan dalam masa merkea membuat perhitungan secara demokrasi sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya.

Kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan dengan tanpa ada penghujungnya. Lantaran itu, setelah melalui semua proses tersebut, dan selaras dengan perlembagaan persekutuan beta telah mendapati YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat. Dan demikian selayaknya dilantik sebagai Perdana Menteri ke lapan.”

Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker