Kadir dakwa Muhyiddin mungkir janji, Hamzah jadi kingmaker

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memungkiri janji kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari lalu untuk menjadikan parti itu sebagai induk dalam Perikatan Nasional (PN) dengan penyingkiran bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir hari ini.

Salah seorang Ahli MPT parti itu, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, dalam mesyuarat tersebut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berjanji untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan berpindah kepada campuran tetapi masih dalam kerajaan yang dipimpin oleh parti itu.

Jelas beliau, jika ketika pemerintahan PH, Menteri Besar dan Exco Bersatu dihormati dan berpengaruh, hari ini mereka tidak lebih daripada melukut di tepi gantang dibuli oleh UMNO.

“Tengok sajalah apa yang berlaku di Perak dan Melaka. Perwakilan Bersatu hanyalah untuk ambil syarat saja.

“Pas yang kalah kepada Pakatan Harapan di Kedah dalam PRU 2018 kembali berkuasa di negeri itu dengan izin dan ihsan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.

“Maka dengan itu hilanglah sebuah lagi negeri yang diterajui oleh Menteri Besar dari Bersatu. Negeri pertama yang menyingkirkan MB Bersatu adalah Johor, negeri Muhyiddin sendiri,” tulisnya di laman Facebook miliknya hari ini.

Kadir yang juga Tokoh Wartawan Negara 2011 menambah, selepas dua bulan setengah menumbangkan kerajaan PH melalui proses yang tidak demokratik, apa tinggal daripada Bersatu hanyalah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, yang berkuasa dan menentukan agenda serta naratif kerajaan dan menguasai saluran komunikasi adalah panglima-panglima perang UMNO dengan sekutu mereka dalam Muafakat Nasional iaitu Pas.

“Kesimpulannya, manakala Muhyiddin berjaya memenuhi cita-cita terpendamnya untuk menjadi Perdana Menteri, Mohamed Azmin Ali berjaya menyekat Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri dan Hamzah Zainuddin berjaya menjadi kingmaker Bersatu menjadi pemain biola nombor tiga dalam kerajaan PN yang tidak pun diiktiraf oleh Umno dan Pas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Related Articles

One Comment

  1. Kadir. Sedih betul nampaknya kamu memikirkan Pakatan Hancing awak tumbang lepas satu satu. Kenapa nak salahkan Umno atau Pas.Bukankah yang menyebabkan tunggul rapuh PH tersungkur ialah wakil2 rakyat PH sendiri, umno atau Pas tak sepak pun. Kenapa kau tak ajak Madey, Mukhriz dan mungkin juga budak Syed tu tubuh parti lain Bersatu Baru untuk cuba bernafas semula.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker