Anwar tak hadir sidang media PH dengan Dr M, Warisan

Share

Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir pada sidang media Pakatan Harapan bersama pemimpin Bersatu yang masih setia terhadap pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad dan Warisan.

Malah, tidak ada seorang pun wakil PKR yang hadir pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hadir bagi pihak PH sementara Warisan diwakili oleh presidennya, Shafie Apdal.

Mahathir mengetuai sidang media itu. Kerusi di sebelahnya, yang dipercayai diperuntukkan untuk wakil PKR, diisi oleh Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir.

Sidang media itu bertujuan mengulas mengenai sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini.

Beberapa ahli parlimen, dengan pakaian rasmi, juga hadir di auditorium tempat sidang media itu diadakan.

Tetapi yang jelas, tidak ada seorang pun ahli parlimen PKR yang hadir.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Mkini

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!