47 kes jangkitan baru Covid-19, tiada kematian · MYKMU.NET

47 kes jangkitan baru Covid-19, tiada kematian

Share

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 113 orang.

Dalam perkembangan sama, 47 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,941 orang sehingga kini.

Daripada kes baru itu, 21 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Manakala 26 kes penularan tempatan di mana 17 kes bukan warganegara Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini, seramai 1,213 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 13 di unit rawatan rapi dengan 6 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 44 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,615 orang sehingga kini.

FMT

Leave a Reply