Sebab apa saya dipersalahkan pemuda ini hilang kerja

 

Datuk Seri Najib Razak mengecam kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa kejatuhan bekas Menteri Besar Kedah itu disebabkan olehnya.

Bekas Perdana Menteri itu mempersoalkan mengapa beliau dipersalahkan apabila Mukhriz ‘hilang kerja’.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula, beliau cuma duduk di dalam rumah sambil bermain Facebook dan kucingnya serta makan super ring.

Lantaran itu, Najib meminta Mukhriz menunjukkan bukti jika beliau terlibat.

”Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan.

”Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berbohong macam ni,” kata Najib.

Mukhriz dalam kenyataan peletakan jawatannya berkata, walaupun kejatuhannya di Kedah datang dari Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia melalui Datuk Seri Hamzah Zainuddin tetapi protagonis sebenar (watak utama) masih sama seperti dengan dulu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Kata Mukhriz lagi, tujuannya ialah tidak lain, tidak bukan, semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal-skandal besar yang mencemar nama baik Malaysia. – MalaysiaGazette

Saya tak pernah kata biar mereka hilang kerja – Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker