Riza Aziz Pencuri?

Oleh Ab Jalil Backer

1. Adalah sangat pelik Dr Mahathir mendakwa persetujuan penyelesaian kes antara Pendakwaraya dengan Riza Aziz yang membabitkan denda RM465.3 juta sebagai membebaskan pencuri setelah yang membayar separuh daripada hasil yang dicuri.

2. Dr Mahathir memahami undang-undang namun beliau memilih untuk mengelirukan rakyat kerana politik kebencian.

3. Kerajaan Dr Mahathir tidak pernah mendakwa Riza Aziz sebagai pencuri. Lima pertuduhan yang dikemukakan adalah di bawah AMLA 2001.

4. Malahan mengikut laporan media, hukuman bagi pertuduhan tersebut ialah maksimum denda RM5 juta dan dan maksimum hukuman penjara juga 5 tahun.

5. Sebenarnya persetujuan ini satu kemenangan besar kepada pendakwaraya. Jika kes berlangsung sehingga habis belum tentu pendakwaraya akan menang. Ini kerana semua fakta kes membabitkan aset-aset di luar negara yang tidak melalui sistem perbankan negara.

6. Pendakwaan ini juga sebenarnya bersifat agenda politik kerana Riza telah pun berhadapan tindakan undang-undang di US atas kes yang sama. Ini adalah overzealous prosecution.

Adakah persetujuan ini bermakna Riza Aziz mencuri wang 1MDB?

7. Saya tidak fikir persetujuan ini memberi apa-apa implikasi pengakuan berlaku penyelewengan kepada wang 1MDB. Riza didakwa di bawah AMLA bukan penyelewengan wang 1MDB.

8. Sudah tentu persetujuan membayar denda sebesar itu akan memalitkan beliau dengan skandal 1MDB. Jika tidak bersalah mengapa bayar denda? Bukan sedikit pula, tapi beratus juta.

9. Saya fikir persetujuan ini adalah tindakan ‘membeli masa’ oleh Riza Aziz. Kes ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai.

10. Sepanjang kes ini beliau tidak akan dapat ke luar negara dan ini pasti akan menjejaskan perniagaannya di luar negara.

11. Jika beliau perlu berkorban RM465.3 juta untuk menyelamatkan perniagaannya yang bernilai berbilion USD maka ia adalah satu pengorbanan kecil kepada ahli perniagaan.

12. Ia juga membeli masa untuk melihat keputusan kes membabitkan 1MDB. Jika perbicaraan kes 1mdb mendapati penyelewengan berlaku di peringkat IPIC dan Aabar Group, maka Riza juga boleh membuat rayuan baharu mendapat kembali wangnya.

[Boleh juga baca ulasan panjang saya di https://suara.tv/17/05/2020/dr-mahathir-riza-aziz-dan-kekeliruan-undang-undang/ ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker