Lebih 900 kes positif Covid-19 ada sejarah rentas negeri

Kementerian Kesihatan berterus-terang khuatir melihat peningkatan pergerakan merentas negeri menjelang Aidilfitri, kerana sehingga hari ini sebanyak 971 kes positif Covid-19 mempunyai sejarah merentas negeri.

Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan juga berkaitan dengan aktiviti merentas negeri.

“Sepuluh daripada kluster tersebut masih aktif,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Hisham menarik perhatian kepada laporan Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob hari ini bahawa 1,248 kenderaan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung semalam, dan 508 cuba berbuat demikian kelmarin.

Beliau berkata kes positif yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri “amat membimbangkan”, terutama sekiranya ia terus-menerus berlaku walaupun selepas penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

“Masyarakat harus waspada semasa tempoh perayaan yang bakal tiba kerana ini mungkin menjadi pemangkin kepada penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan-kawasan yang kini mencapai status hijau,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker