Kerajaan PN Buat Kerja, PH-Dap Yang Gila Jawatan Semula – Dr Najmil

Exco pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini adalah kerajaan yang berjiwa rakyat dan melakukan segala kerja demi untuk rakyat.

Katanya, pentadbiran PN jauh berbeza semasa era pemerintahan Paktaan Harapan (PH) yang lebih mementingkan kroni daripada menyelesaikan segala permasalahan rakyat.

“Mereka ini mungkin sudah masuk gua sebab itu tidak tahu perkembangan negara. Dap mengatakan kerajaan PN lebih pentingkan kroni daripada menyelesaikan masalah rakyat dan juga sibuk mengagihkan jawatan GLC.

“Nak harapkan PH membantu rakyat, memang tak la… masuk Parlimen pun tidur,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu turut menjelaskan, kebanyakkan menteri-menteri dalam PN khususnya dari parti UMNO yang sering membantu rakyat seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hisahamuddin Tun Hussein dan juga Datuk Seri Adham Baba.

“Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan pendiriannya yang tegas akan meneruskan operasi memburu pendatang tanpa izin untuk melindungi keselamatan negara.

“Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam masa yang singkat telah menyelesaikan masalah gelandangan dengan memberi mereka pekerjaan untuk kelansungan hidup. Nak harap Lid buat… memang tak la. Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Adham Baba walaupun dihentam oleh PH tapi beliau membuktikan kredibiliti kepimpinannya dengan meningkatkan kerjasama antara kementerian dan pihak luar,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, untuk memulihkan kembali keupayaan ekonomi Malaysia pasca COVID-19, pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Bukan saja ketenteraman dalam negara dijaga tetapi hubungan luar negara juga turut diperkasakan, katanya lagi.

“Hubungan diplomatik Malaysia giat diperkukuhkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui kerjasama bilateral antara Malaysia dan negara seperti China, Arab Saudi dan sebagainya,” ujarnya.

Berikut adalah kenyataan Menteri-menteri yang berjiwa rakyat:
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1840765
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/688101/gelandangan-ibu-kota-hijrah-bekerja-di-setiawan
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/688493/pelan-pemulihan-jangka-pendek-sederhana-akan-diperkenal
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1839737
https://www.sinarharian.com.my/article/83522/KHAS/Koronavirus/Arab-Saudi-sumbang-7-juta-unit-peralatan-perubatan. – UMNO Online

Related Articles

3 Comments

  1. Janganlah kita terlalu keras sangat kepada DAP dan PH ni, kita kena ada sifat simpati terhadap seksa yang gangguan mental yang sedang mereka alami sekarang. Sekurang2nya bagilah mereka menyalak sepuas2 hati untuk melepaskan tension, jika tidak tak muat hospital bahgia nak tempatkan mereka. Al maklum saja, sesiapa pun akan jadi gila meroyan macam mereka bila sedang seronok2 jadi menteri, timbalan menteri, pengerusi2 syarikat2 kerajaan dengan gaji dan emolumen berpuluh malah beratus ribu ringgit sebulan, siap pula dengan kemudahan rumah kerajaan, kereta rasmi dengan derebar datang menjemput dan menghatar balik… tiba2 berdebub terlangkup dan hilang semuanya dalam sekelip mata. Cuma dapat menikmatinya 22 bulan sebelum terpaksa bawa beg keluar dari pejabat2 mewah, keluar senyap2 dari banglow2 kerajaan dan panggil Grabcar untuk pulang ke rumah sendiri. Lagi memeritkan mereka sedang pening memikirkan bagaimana nak bayar ansuran kereta Vellfire yang baru setahun sewa beli, mana nak cekup duit nak sambung bayaran rumah dan apartment mewah yang baru ambil sedangkan gaji tinggal ciput iaitu elaun sebagai wakil rakyat sahaja. Mungkin ada bekas2 menteri, timbalan menteri dan bekas2 pengerusi GLC dari PH ini telah menyewa sarang2 untuk simpan burung2 cantik dan seksi, sekarang burung2 tersebut dah terbang sebab tak cukup makan. Jadi semua ini di manifestasikan dengan laungan2 dan salakan garang marahkan Mahyuddin dan kerajaan PN dengan melemparkan kata2 nesta, hinaan dan sumpah seranah. Diharap rakyat dan pemimpin2 Umno, Pas, BN dan lain2 hanya perlu menjadikan telatah mereka sebagai hiburan, lebih2 lagi masa PKP ini.

  2. iya, macam bekas menteri pertahanan dalam perbualan telefon yang pernah viral itu kata dia nak tengok ‘burung’ yang dia pelihara pakai seluar dalam g-string

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker