Trend kes positif Covid-19 tanpa gejala di madrasah membimbangkan – Dr Noor Hisham

Share

Trend kenaikan kadar positif Covid-19 di madrasah membimbangkan kerana ia menunjukkan kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain dalam kalangan kumpulan ini semakin meningkat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, siasatan Kementerian Kesihatan mendapati 96 daripada 635 orang atau 15.1 peratus yang dikesan positif Covid-19 tidak mempunyai sebarang gejala saluran pernafasan.

Katanya, keadaan itu boleh mengakibatkan penularan Covid-19 yang lebih meluas di kalangan ahli keluarga mereka dan juga masyarakat setempat, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil.

Sehubungan itu,beliau berkata, KKM telah membangunkan beberapa saranan sebagai pelan tindakan, iaitu pelajar madrasah dan pusat tahfiz yang sudah pulang ke rumah ibubapa atau penjaga, dimohon menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Klinik Kesihatan atau Hospital saringan berdekatan untuk menjalani persampelan ujian Covid-19.

Pelajar-pelajar yang belum pulang pula, katanya, diminta supaya kekal berada di madrasah atau pusat tahfiz, serta menghubungi PKD atau Klinik Kesihatan saringan terdekat agar dapat dijalankan aktiviti persampelan.

Beliau juga merayu pengurusan madrasah tampil menghubungi PKD berdekatan untuk memberi maklumat yang diperlukan berkaitan pelajar atau kakitangan di pusat masing-masing agar KKM boleh menjalankan tindakan pendekatan tertumpu yang berkaitan.

“Satakat ini salah satu kompilasi madrasah yang dikenal pasti ialah 370 madrasah dan 120 madrasah adalah berkait dengan jemaah tabligh yang mana sudah dikenal pasti telah dikunjungi jemaah tabligh lebih lima kali.

“Kita sedang giat menjalankan saringan ke atas 370 madrasah itu.

“Dalam pada itu kita difahamkan lebih 1,000 madrasah persendirian masih belum tampil menjalani ujian saringan Covid-19 dengan jabatan kasihatan dan kami seru golongan ini berhubung segera dengan pihak kesihatan daerah untuk tindakan lanjut.

“Malahan di 120 madrasah kita akan kesan pelajar-pelajar dia yang sudah pulang ke rumah dan yang masih duduk di madrasah termasuk ahli keluarga mereka untuk ujian saringan Covid-19,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini, seramai 19, 209 orang pelajar, guru dan kakitangan telah dikenal pasti dari sebanyak 370 buah madrasah dan pusat tahfiz di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 12,384 sampel telah diuji (iaitu 64.5 peratus) dan memperolehi keputusan saringan Covid-19.

“Hasilnya, 235 kes disahkan positif Covid-19 manakala 10, 755 kes negatif manakala sebanyak 994 kes masih menunggu keputusan ujian.

“Berdasarkan keputusan saringan ini, didapati kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 5.1 peratus dan jika dibandingkan dengan situasi pada satu (1) minggu lalu (7 Mei 2020), kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 4.4 peratus. .-MalaysiaGazette

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!