Bawa warga emas, kanak-kanak ke tempat awam bakal didakwa

Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini masih di peringkat menasihati mana-mana ahli keluarga supaya tidak membawa golongan berisiko ke tempat awam termasuk ke hospital jika tiada keperluan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian merujuk kepada golongan berisiko membabitkan kanak-kanak dan warga emas.

Beliau juga tidak menolak, ahli keluarga yang ingkar akan berdepan tindakan termasuk dihadap ke mahkamah jika nasihat awal gagal dipatuhi.

“Perkara ini telah dibincang di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mereka yang membawa anak atau warga emas ke tempat awam sangat berisiko tinggi.

“KKM memberi nasihat setakat ini, kita guna nasihat supaya tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke tempat awam termasuk ke hospital melainkan mereka ada temu janji.

“Kita sekarang memberi nasihat tapi mungkin akan ambil tindakan bawah Akta 342 menyebabkan tindakan saman atau ke mahkamah, tapi tindakan akan disusuli nanti selepas nasihat,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Kanak-kanak dan warga emas dikategorikan antara golongan berisiko dijangkiti Covid-19, susulan itu pihak KKM sebelum ini menasihati mereka tidak dibawa ke tempat awam jika tiada keperluan mendesak.

Tag saringan warga asing

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata KKM hanya memberikan surat keputusan ujian kepada warga asing yang menjalani saringan Covid-19.

Katanya, ini kerana ujian yang dilakukan itu hanya sah pada tempoh tersebut.

“Kita akan beri jawapan atau keputusan (ujian Covid-19) dalam satu surat bukan dari segi tag (lencana) sebab ujian hari ini hanya untuk semasa sahaja.

“Tetapi kalau kita bagi tag, seolah-olah (memberi) individu yang telah melaksanakan ujian sebagai satu pas (kelulusan bebas Covid-19),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan tag atau lencana kepada warga asing yang sudah menjalani saringan Covid-19.

Noor Hisham berkata, warga asing yang menjalani ujian saringan tetap terdedah dijangkiti wabak tersebut meskipun ujian pertama disahkan negatif.

“Jadi persoalannya ialah yang ujian tersebut hanya untuk pada masa tersebut, jadi pada minggu depan atau 2 minggu lepas itu mereka masih terdedah kepada Covid-19 dalam masyarakat,” katanya.

FMT

Ikut nasihat Sultan, semua Adun Bersatu Johor setia bersama PN.

https://mykmu.net/2017/10/03/lapor-sprm-teruslah-nak-nasihat-peguam-apa-lagi/

 

Berapa orang percaya Kerajaan Mahu Bawa Pulang Jho Low?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker