Roslin Hashim jadi ‘runner’ ayam percik semasa PKP

Terkini di My KMU !!!!---->

BAGAIKAN hilang kata-kata bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara, Roslin Hashim apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat penularan wabak Covid-19.

Disebabkan PKP, beliau tidak dapat melatih pemain, menguruskan akademinya sendiri, menjadi pengulas perlawanan badminton dan empat undangan untuk memberi ceramah juga bulan lalu terpaksa dibatalkan serta-merta.

Bagaimanapun, kehadiran Ramadan tatkala PKP masih dilaksanakan seakan memberi rahmat buat bekas pemain nombor satu dunia itu apabila menceburi bidang yang tidak pernah dilakukannya sepanjang hidup, menjadi penghantar makanan, ayam percik.

“Sebenarnya bukan saya hendak merungut apabila musim PKP ini, saya faham dan ini benda luar biasa, tidak pernah kita lalui sepanjang sejarah. Tapi kedatangan Ramadan ini seakan memberi sinar kerana memperoleh pendapatan sampingan tatkala dunia badminton terpaksa dilupakan seketika,” katanya.

Roslin mengakui peluang yang hadir itu memang satu kebetulan kerana dia hanya diminta rakannya mencuba ayam percik dan membuat sedikit promosi di laman sosial.

“Selepas merasai ayam percik yang dibuat kawan adik saya ini yang kebetulan menetap berhampiran rumah, jadi terdetik membantunya menghantar tempahan.

“Rasa ayam percik yang dibuat adik kawan saya ini memang sedap jadi saya pun berbincang untuk mengumpul tempahan dan menghantar sendiri ke rumah pelanggan,” katanya yang dilahirkan dalam keluarga badminton.

Menurut Roslin, selama empat hari berturut-turut dia melakukan penghantaran ayam percik itu ke setiap pelanggan yang membuat tempahan dan secara tidak langsung ia menambah sumber pendapatannya yang terjejas akibat PKP.

HM

Leave a Reply