Muafakat Nasional Akan Bertanding Untuk PRK DUN Chini

Umno akan menggerakan jentera Muafakat Nasional dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN ) Chini yang akan diadakan tidak lagi.

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, berkata Muafakat Nasional yang terbina antara Umno dan PAS sebelum ini mempunyai kekuatan tersendiri.

Meskipun berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Annuar berkata ia bukan satu masalah untuk parti itu bergerak menggunakan jentera Muafakat Nasional ketika kempen PRK nanti.

“Umno adalah anggota yang telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan PAS untuk mendokong Muafakat Nasional.

“Maka untuk PRK DUN Chini, semangat Muafakat Nasional diteruskan seperti PRK sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerusi DUN Chini kosong selepas kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 60 tahun di Hospital Kuala Lumpur pada dinihari.

Abu Bakar pernah berkhidmat sebagai exco kerajaan Pahang dari 2013 ke 2018.

Beliau menang kerusi Chini dengan 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi dan calon Bersatu Mohamad Razali Ithnain yang memperolehi 1,065 undi pada pilihan raya umum lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok bagi membincangkan kekosongan kerusi berkenaan dan dijangka akan menentukan tarikh PRK.

Dalam pada itu, Annuar ketika ditanya mengenai alasan Umno ataupun BN menggunakan Muafakat Nasional akan memberi kesan kepada kerjasama parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).

Annuar berkata, ia tidak memberi kesan kepada PN, malah membuktikan BN mempunyai kekuatan keranan memiliki banyak rakan.

Jelasnya, pembangkang boleh mengkritik mereka jika mahu kerana menggunakan Muafakat Nasional bagi kempen PRK itu.

“Parti pembangkang dialu-alukan untuk menyerang dan kita bimbang jika pembangkang diam.

“Tiada masalah, kedua-dua anggota Muafakat Nasional adalah anggota PN. Ia beri satu kekuatan baru kepada Umno dan PAS,” katanya.

Jelas Annuar, Umno akan meletakkan calonnya untuk mempertahankan kerusi itu dalam PRK akan datang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker