37 kes baru Covid-19, 2 kematian

Share

Seramai 2 korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 111 orang.

Dalam perkembangan sama, 37 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,779 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata ketika ini seramai 1,387 pesakit sedang dirawat.


Daripada jumlah tersebut, 16 di unit rawatan rapi dengan 4 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan

Sementara itu, 58 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,281 orang sehingga kini.

Leave a Reply