110 sembuh dari Covid-19, 16 kes baru

Share

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 109 orang.

Dalam perkembangan sama, 16 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,742 orang sehingga kini.

Ketika ini, seramai 1,410 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 16 di unit rawatan rapi dengan 3 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.


Sementara itu, 110 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,223 orang sehingga kini.

FMT

Leave a Reply