70 kes jangkitan baru Covid-19, 1 kematian

Share

Seramai 1 korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 109 orang.

Dalam perkembangan sama, 70 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,726 orang sehingga kini.

Daripada angka terbaru itu, 31 kes dalam kalangan bukan warga tempatan.

“Ingin dimaklumkan juga, daripada 70 kes baru yang dilaporkan hari ini, terdapat 13 kes import dan 57 kes penularan tempatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini, seramai 1,504 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 20 di unit rawatan rapi dengan 7 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 88 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,113 orang sehingga kini.

Mengenai kematian hari ini, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati.

Dia dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Mei dan disahkan meninggal dunia pada 10 Mei 5.15 pagi.

Hisham memaklumkan jumlah keseluruhan kes pulih bersamaan 76% daripada jumlah keseluruhan kes, sementara kes kematian bersamaan 1.62%.

FMT

Leave a Reply