Kluster baru dikesan di tapak pembinaan Setia Alam

Terkini di My KMU !!!!---->

Kementerian Kesihatan memaklumkan 1 kluster baru dikesan melibatkan pekerja warga asing di Setia Alam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu dikesan pada 6 Mei 2020, apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta.

“Hospital tersebut menjalankan saringan Covid-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati 3 kes disahkan positif Covid-19 daripada 5 orang pekerja yang disaring.

“Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain,” katanya.

Hisham berkata, susulan itu siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes terbabit dijalankan.

Katanya, sehingga hari ini, seramai 28 orang disaring untuk Covid-19.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana semua kes-kes ini merupakan warganegara Bangladesh.

“9 kes pula didapati negatif dan 7 kes masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan kluster ini juga masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Hisham berkata sehingga hari ini, seramai 28 kes baru didapati positif Covid-19 melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Katanya, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 88 kes.

“Kes-kes positif kluster ini melibatkan 81 kes bukan warganegara iaitu, 33 kes warga Nepal; 26 kes warga Bangladesh; 11 kes warga Indonesia dan 11 kes warga Myanmar.”

FMT

Leave a Reply