Muafakat Nasional Tetap Aktif, Yang Tidak Ada Hanya Ceramah Disebabkan PKP

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan seluruh kepimpinan parti itu untuk berhati-hati serta tidak termakan dan terpengaruh dengan jarum-jarum jahat yang akan cuba menghancurkan Muafakat Nasional.

Menurut beliau sehingga ke hari ni Muafakat Nasional tetap berfungsi dan masih terus berjalan malahan ianya mempunyai Sekretariat Tetap yang telah pun menjalankan operasi dan bergerak.

“Mereka (pihak lawan) akan mencucuk daripada dalam dan luar untuk menggagalkan Muafakat Nasional.

“Saya nak mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO sempena hari ulang tahun UMNO ini sama ada ketua cawangan, ketua bahagian, timbalan dan seluruh peringkat kepimpinan kita hati-hati dengan jarum-jarum yang amat jahat daripada sebelah sana yang akan dihantar kepada kita kerana pada mereka jika berpecah Muafakat Nasional maka mereka akan memerintah semula dan kita tidak akan ada peluang untuk memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wawancara Khas sempena Hari UMNO ke-74 yang mengupas topik ‘UMNO & Realiti Politik Alaf Baharu’ yang dihoskan oleh Datuk Dr Noor Azizan Abd Majid.

Wawancara tersebut disiarkan secara langsung menerusi Facebook UMNO Online, Selasa malam.

Tegas Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian apa yang tidak ada hari ini ialah segala bentuk ceramah setelah ianya terhenti disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas wabak COVID-19 melanda negara.

“Kita sudah memeterai perjanjian pada 14 September yang lalu dan yang tidak ada cuma ceramah. Ceramah ini apabila kita menjadi pembangkang sebelum ini maka kita berselang-seli mengadakan ceramah dan apabila ceramah tidak diadakan maka itulah sebab ianya (Muafakat Nasional) tidak kelihatan.

“Bukan sengaja dibatalkan ceramah tetapi sebab PKP. Kalau tidak ada PKP jalan terus cumanya ceramah kali ini bukan nak bantai kerajaan. Kita buat ceramah untuk buat penjelasan tentang isu semasa. Hanya kerana tidak ada ceramah jangan pula kita buat rumusan Muafakat Nasional sudah tidak aktif,” ujarnya.- UMNO Online

Related Articles

2 Comments

  1. Semasa PKP ini Sekretariat Muafakat Nasional gunakanlah untuk menyusun gerakerja dan program ceramah di seluruh negara sebaik saja KPK ditamatkan. Aktiviti2 bersama Umno-Pas semasa PKP ini haruslah yang boleh mempamerkan kepada rakyat hubungan rapat kedua parti Melayu itu seperti agihan bersama bantuan barang2 makananan kepada gulongan fakir miskin oleh pemimpin2 Umno dan Pas yang tidak berjawatan menteri/kerajaan, bukan dilakukan secara masing2.

    1. Alhamdulillah mugakat nasional mengorak lgkah..dgn nawaitu yg baik insyaallah kita hancurkan PH yg berhati busuk untok menipu rakyat malaysia….jgn bg ruang untok ph ini…..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker