39 kes jangkitan baru Covid-19, 0 kematian

Share

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 107 orang.

Dalam perkembangan sama, 39 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,467 orang sehingga kini.

“1 kes import, 38 kes tempatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.


Ketika ini, seramai 1,584 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 19 di unit rawatan rapi dengan 8 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 74 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 4,776 orang sehingga kini.

Ketika ini seramai 1,584 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 19 sedang dirawat di unit rawatan tapi dan 8 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


FMT

Leave a Reply