Majoriti ketua bahagian Umno desak PM segerakan PRU

Majoriti ketua bahagian Umno desak PM segerakan PRU

Seramai 158 ketua bahagian Umno yang hadir mesyuarat tergempar hari ini mendesak pilihan raya umum diadakan “dengan kadar paling segera”, kata Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Yunos.

Katanya, suara itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob oleh Presiden Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat tertinggi parti dalam masa terdekat.

“Keputusan kita dapat, mahukan pilihan raya diadakan kadar paling segera,” katanya kepada media selepas hadir mesyuarat ketua bahagian Umno di Menara Dato Onn.

Ditanya mengapa perjumpaan itu diadakan secara tergempar, Jamal berkata, kebanyakan ketua bahagian pada mulanya tidak tahu tujuan sebenar pertemuan itu diadakan.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu terungkai apabila seramai 158 daripada 191 ketua bahagian yang hadir diberi taklimat mengenai persiapan pilihan raya.

“Saya nak memberikan sedikit apa yang sedang berlaku. Pertama, kami dikejutkan dengan panggilan malam tadi supaya ketua bahagian satu Malaysia datang ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan kami pun tak tahu apa isunya.

“Dalam pertemuan ini, kami diberi taklimat dan pandangan mengenai PRU-15 yang mungkin diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bila, kami tak diberitahu.

“Jadi, tujuan kami dipanggil adalah untuk melihat kesiapsiagaan jentera pilihan raya di setiap bahagian dan apakah keperluan ketua bahagian untuk kami sampaikan kepada pucuk pimpinan bagi memastikan pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat,” katanya.

Jamal berkata, dua pemimpin daripada ‘Top 5’ juga tidak dapat hadir disebabkan kekangan tugas iaitu Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Walaupun kami meminta PRU-15 diadakan segera, tiada desakan supaya Parlimen dibubarkan sebab seperti yang diketahui, isu pembubaran hanya dibincangkan dalam kalangan Top 5.

“Isu rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan pun tidak disentuh langsung dalam pertemuan ini,” katanya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, ketika ditemui pula memaklumkan pertemuan antara pimpinan tertinggi parti itu dengan ketua bahagian sekadar membincangkan isu semasa.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung pertemuan itu.

Difahamkan, hanya satu daripada 25 bahagian di Sabah hadir, manakala satu lagi bahagian iaitu Tanah Merah di Kelantan, digantung.

Umno menggesa supaya alasan kemungkinan parlimen tergantung tidak digunakan untuk menghalang pilihan raya umum diadakan.

Memetik ahli akademik tersohor Wong Chin Huat, presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata keadaan itu tidak seburuk digambarkan, jika berlaku.

“Profesor sains politik dan demokrasi tersebut menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang perlu ditakuti atau dibimbangkan jika berlaku hung parlimen atau parlimen tergantung.

“Keadaan ini bukanlah situasi yang teruk seperti digambarkan pihak tertentu malah tidaklah menyebabkan kemusnahan sesebuah negara atau ekonomi terjejas teruk,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Majoriti ketua bahagian Umno desak PM segerakan PRU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker