Melayu tidak malas – Najib

Share

Jangan percaya orang yang kata begitu.

Saya tahu walaupun keadaan ekonomi kita tidak begitu baik tahun ini.

Tetapi saya lihat ada ramai anak muda yang gigih berusaha.

Mereka sedang cuba.

Ada yang buat start up delivery, ada yang mengubah kaedah menjual makanan kepada online.

Ada yang cuba berniaga barang keperluan kesihatan, ada juga yang meniaga pakaian.

Baru-baru ini juga saya pun ada try pakaian hasil tangan mereka.

Ikut kebolehan diri, keyakinan diri dan kemahiran masing-masing.

Ya, ramai anak muda yang datang minta nasihat daripada saya.

Perlu ada perancangan yang rapi, sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.

Sudah tentu akan ada isu, kegagalan di peringkat awal dan pelbagai cabaran.

Paling penting, jangan putus asa.

Saya sentiasa menggalakkan saudara-saudari untuk cuba, terutama yang muda-muda.

Saya juga membantu usahawan muda Malaysia yang tidak pernah henti menyokong saya.

Tidak ada apa-apa salah untuk menolong sekali-sekala.

Di mana kita masih mampu bantu, kita bantu saja bila diminta.

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply