PP beri penjelasan pelaksanaan PKPB, anggap Azmin ‘pemalas’

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan.

Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bersama 13 ketua menteri negeri pada 28 April lalu dan diberi penerangan berkenaan PKPB serta status ekonomi negara.

Ekoran itu, menurut Chow, pemimpin kerajaan negeri meminta sedikit masa untuk menyusun strategi membuka semula ekonomi dan meneliti garis panduan bagi industri tertentu.

Garis panduan tersebut, katanya, patut diberikan kepada kerajaan negeri pada 30 April namun Chow mendakwa perkara itu tidak berlaku.

“Saya ingin menegaskan bahawa tidak ada kerajaan negeri (termasuk Pulau Pinang) yang membantah pelaksanaan PKPB pada mesyuarat tersebut.

“Tetapi kami hanya minta supaya diberikan masa untuk menyusun strategi pelaksanaannya,” kata Chow dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Muhyddin Yassin mengumumkan untuk membuka semula sektor ekonomi semasa menyampaikan ucapan sempena Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) mengenanya kemudian dikeluarkan dua hari kemudian.

Bagaimanapun, banyak kerajaan negeri tidak bersetuju atau menangguhkan pelaksanaan berkenaan atas alasan beberapa peraturan perlu diteliti terlebih dulu.

Pulau Pinang misalnya memilih untuk hanya membuka semula sektor ekonomi pada 8 Mei bagi memberi masa kepada kerajaan negeri dan sektor perniagaan benar-benar bersedia.

Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang dan Kedah juga tidak mula membuka sektor ekonomi masing-masing semalam. Beberapa negeri hanya akan membuat keputusan untuk berbuat demikian pada minggu ini.

Chow berkata Muhyddin “terlalu bersemangat” untuk membuka sektor ekonomi, manakala beliau menggelarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali sebagai “pemalas” kerana gagal berunding dengan negeri.

“Justeru, tidak pernah berlaku sebelum ini banyak negeri, sama ada dari Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan berbeza daripada apa yang diharapkan oleh Azmin.

“Saya ingin bertanya kepada menteri kanan berkenaan, apa yang beliau harapkan apabila – sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab – begitu malas untuk melibatkan semua kerajaan negeri bagi mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan PKPB ini,” kata Chow.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker