30 kes baru Covid-19, 1 kematian

Terkini di My KMU !!!!---->

Sebanyak 1 korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 106 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 30 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah mangsa 6,383 orang sehingga kini.

“Daripada 30 kes baru yang dilaporkan hari ini, tiada kes import. Kes penularan tempatan sebanyak 30 kes, di mana sebanyak 21 kes dikesan dari kluster dan lokaliti bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, seramai 83 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan bilangan kes sembuh 4,567 sehingga kini.

Sementara itu. seramai 24 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Daripada jumlah itu 8 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga kini seramai 1,710 pesakit masih dirawat.

FMT

Leave a Reply