PKPB tak dipatuhi: Memalukan, tak pernah berlaku – Abdul Rahman

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan, menyifatkan tindakan beberapa negeri enggan meneruskan meneruskan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) seperti diumum Muhyiddin Yassin adalah memalukan dan tidak pernah berlaku.

Kata Abdul Rahman ada sesuatu “yang tidak kena” apabila sembilan negeri mengambil pendirian tidak melaksanakan PKPB sebaliknya mengambil pendekatan sendiri.

“Ada yang tak kena dengan komunikasinya dan sepatutnya benda ini dilakukan oleh menteri (kluster) ekonomi sebab ini dalam ruang bidang dia.

“Untuk menangani krisis seperti ini, dia perlu lakukan banyak perbincangan dan mengadakan video persidangan dengan semua orang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.



Abdul Rahman yang juga bekas menteri pusat semasa zaman Najib Razak berkata, apa yang berlaku itu merupakan “tamparan hebat kepada menteri ekonomi” apabila perintah PKPB tidak dipatuhi negeri.

“Nampaknya satu tamparan hebat kepada menteri ekonomi (Azmin) kerana tidak dapat koordinasi pembukaan perniagaan selepas PKP.

“Ini juga memalukan dan belum pernah terjadi sebelum ini,” katanya.

Terdahulu Abdul Rahman diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, yang menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional mengenai keseragaman pelaksanaan PKPB hari ini.



Walaupun tidak memetik sebarang nama, Khaled dipercayai menuding jari kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Ekonomi, Azmin Ali.

Azmin ialah seorang daripada menteri kanan PN yang dilantik Muhyiddin selepas PN membentuk kerajaan baru-baru ini. Beliau merupakan bekas timbalan presiden PKR.

Kata Abdul Rahman, beliau bersetuju dengan pandangan Khaled kerana keputusan melonggarkan PKP adalah sesuatu yang besar dan mesti dibincangkan dengan semua kerajaan negeri bagi mendapatkan persetujuan bersama.

“Namun ia jelas tidak dilaksanakan.



“Kegagalan ini menunjukkan kelemahan ketara dalam kepimpinan, strategi dan penyelarasan yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker