Covid-19 : 55 kes baru sahaja

Share

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan kekal 105 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 55 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah mangsa 6,353 orang sehingga kini.

“Daripada 55 kes baru yang dilaporkan hari ini, 7 kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan sebanyak 48 kes, di mana sebanyak 24 kes dikesan dari kluster dan lokaliti bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, seramai 71 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan bilangan kes sembuh 4,484 sehingga kini.

Sementara itu jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 28 orang.

“Daripada jumlah itu 13 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga kini seramai 1,764 pesakit masih dirawat.

FMT

Leave a Reply