122 kes baru Covid-19, 2 kematian

Sebanyak 2 lagi korban baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 105 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 122 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 105 kes semalam, menjadikan jumlah mangsa 6,298 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, sebanyak 87 kes jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 4,413 sehingga kini.

Sementara itu jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 27 orang.

“Daripada jumlah itu 13 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 1,780 yang masih dirawat.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker