Tok Mat sah tolak jawatan dalam GLC, mahu fokus pada Umno

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan mengesahkan beliau menolak pelantikan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mohamad berkata, penolakan itu dibuat bertujuan memberikan sepenuh tumpuan kepada parti.

“Ya, saya tolak jawatan di sebuah GLC. Saya mahu beri tumpuan sepenuhnya pada parti,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, tersebar di media sosial satu senarai pelantikan sejumlah pemimpin Umno bagi mengetuai GLC, antaranya Mohamad yang dikatakan akan dilantik pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).



Selain Mohamad, senarai berkenaan turut menyebut ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai pengerusi Petronas dan ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid akan dilantik sebagai pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM).

Semalam, ahli Jawatankuasa PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan ahli Parlimen Beaufort Azizah Mohd Dun antara 5 individu dilantik sebagai pengerusi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Nik Mohamad Abduh yang juga ahli Parlimen Bachok dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar) manakala Azizah dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baru untuk tempoh 2 tahun hingga 30 April 2022.

Selain itu, ahli Parlimen Jempol, Mohd Salim Mohd Sharif dari PPBM turut dilantik sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).



Adun Permas, Che Zakaria Mohd Salleh dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), sementara pengerusi PPBM Terengganu, Senator Razali Idris pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (Ketengah).

FMT

Related Articles

One Comment

  1. Syabas, Tok Mat. Satu tindakan bijak. Diharap pemimpin2 tinggi Umno dan Pas yang dicalonkan menerajui GLC juga mengambil sikap seperti ini sekiranya jawatan mereka nanti akan menyekat dan menghadkan keterlibatan mereka dalam urusan parti lebih2 lagi jika ia merencatkan Muafakat Nasional(MN). Syarikat gergasi kerajaan seperti Telekom, Tenaga Nasional, Felda, Risda, dan MARA memerlukan masa dan tenaga pengerusi dan pengurus sepenuhnya, yang akan menyebabkan pemimpin2 tertinggi Muafakat Nasional tidak ada masa untuk aktif dalam urusan parti, dan akhirnya Muafakat Nasional akan terabai dan lemah yang boleh membawa akibah buruk kepada penyatuan Ummah. Biarlah jawatan2 tersebut disandang oleh mereka yang pakar dan berpengalaman tetapi rapat dengan aspirasi dan halatuju MN. Umat Melayu tidak rela nanti ‘Yang dikejar tak dapat atau cuma dua tiga kerat yang dapat; tetapi yang dalam genggaman tercicir bertaburan’ !!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker