Lebih 15,000 kena potong gaji, buang kerja di Johor

Exco kerajaan negeri Johor, R Vidyananthan mendedahkan bahawa seramai 15,597 pekerja di negeri itu dikurangkan gaji atau diberhentikan kerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 11,110 dikurangkan gaji, 1,443 diberhentikan manakala 180 membabitkan pemberhentian sukarela.

Data itu diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor berdasarkan permohonan 398 majikan yang memohon untuk pemberhentian pekerja masing-masing atau pengurangan gaji.

“Selaras dengan Seksyen 63 Akta Kerja 1955, pihak majikan diwajibkan untuk mengemukakan sebarang penyata perihal pekerja sama ada pengambilan atau pemberhentian pekerja melalui Borang PK.

“Daripada permohonan 398 majikan di negeri ini bagi pengurangan gaji dan pemberhentian pekerja mereka, ia membabitkan pemberhentian tetap seramai (1,443), pemberhentian sukarela (180), pemberhentian sementara (2,864) dan pengurangan gaji (11,110),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker