Lagi hotel 5 bintang ditutup kerana krisis Covid-19

Share

Sebuah hotel 5 bintang di Melaka memutuskan untuk menutup perniagaan, sekali gus menjadi hotel ke-2 berbuat demikian dengan berkata, langkah meneruskan operasi tidak lagi “munasabah” susulan krisis pandemic Covid-19.

Berdasarkan surat pekeliling daripada pemilik yang dilihat oleh FMT dan ditujukan kepada kesatuan kakitangan, hotel itu akan ditutup pada 30 Jun depan.

Ia berkata, wabak itu dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan n(PKP) telah memberi kesan besar ke atas industri perhotelan dan hotel terbabit “tidak terkecuali”.


“Berikutan krisis itu, penerusan operasi hotel tidak lagi berdaya maju.

“Dengan penuh rasa kesal kami ingin memaklumkan bahawa pemilik telah memutuskan untuk menghentikan perniagaan,” kata pekeliling itu.

Pemilik hotel tersebut berkata, ia akan mengeluarkan notis pemberhentian 2 bulan kepada kakitangan.


Pihak hotel juga akan membayar “faedah pemberhentian kerja kepada kakitangan berdasarkan terma kontrak pekerjaan masing-masing”.

Dalam pada itu, seorang eksekutif sebuah hotel lain di Melaka yang enggan dikenali berkata, berita mengenai penutupan hotel terbabit telah tersebar sejak 2 minggu lepas.

Sumber berkata, seorang kakitangan hotel tersebut mengesahkan perkara itu dengan ahli Persatuan Hotel Malaysia (MAH).


Beliau juga berkata, beberapa hotel lain di negeri itu juga berdepan kemungkinan serupa dan akan “ditutup sementara selama beberapa bulan”.

Semalam FMT melaporkan, sebuah hotel 5 bintang 500 bilik di Lembah Klang kini bersiap-sedia untuk menghentikan operasi sehingga akhir tahun ini.

Memo kepada kakitangan hotel mewah itu yang terdedah, mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

Kakitangan tetap hotel tersebut diberi jaminan pekerjaan jika ia memulakan semula operasi kelak. Difahamkan kakitangan akan menerima separuh gaji bagi bulan April.

FMT

One thought on “Lagi hotel 5 bintang ditutup kerana krisis Covid-19

  • April 30, 2020 at 03:24
    Permalink

    Ramada Melaka bukan hotel 5 bintang lah!

    Reply

Leave a Reply