Covid-19 : 1 kematian, 31 kes baru. · MYKMU.NET

Covid-19 : 1 kematian, 31 kes baru.

Share

Terdapat 1 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, melibatkan seorang rakyat tempatan berusia 67 tahun.

Mangsa merupakan korban ke-100 wabak koronavirus itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Lelaki itu mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 4 Apr, mangsa disahkan meninggal dunia pada 28 April 9.40 pagi.

“Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya.

Sementara itu, terdapat 31 kes jangkitan baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif 1,719 kes.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 36 kes sedang dirawat di unit rawapan rapi, dengan 17 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Angka pesakit Covid-19 yang pulih dan dibenarkan keluar wad terus mengatasi kes jangkitan baru, dengan 75 diumumkan hari ini.

Perkembangan ini menjadikan seramai 4,032 orang daripada 5,851 kes keseluruhan sembuh.

FMT

Leave a Reply