3 hari lagi untuk mohon dan rayu Bantuan Prihatin Nasional

Lembaga Hasil Dalam Negeri memaklumkan hanya 3 hari lagi untuk memohon atau merayu Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bantuan tunai sekali beri untuk B40 dan M40 yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan, yang bakal memasuki fasa ke-4.

LHDN berkata permohonan baru dan rayuan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30 Apr, dan setiap permohonan baru dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada Mei.

“Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekaligus juga akan dilakukan pada Mei,” katanya dalam kenyataan.

BPN untuk meringankan beban kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan 40% sederhana (M40) disediakan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pelan penyelamat RM250 bilion yang diumumkan pada 27 Mac, beberapa hari selepas PKP dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Pemberian BPN bagi B40 berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup manakala bagi M40 berdasarkan data percukaian LHDN.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker