KWAP Dan KWSP Antara Pemilik Saham Terbesar Dialog Group, Hasil Kejayaan Program Transformasi Ekonomi BN

Share

INI antara satu-satunya syarikat industri petroliam Malaysia yang masih mencatat trend keuntungan yang menaik pada masa krisis Covid walaupun harga minyak dunia telah menjunam teruk.

Malah bisness mereka menerima impak positif akibat krisis Covid.

Kerana permintaan untuk servis simpanan minyak mereka naik mendadak akibat harga minyak dunia yang murah pada ketika penggunaan minyak yang jatuh setelah negara-negara dirantau melaksanakan PKP.

Itulah sebab harga sahamnya masih bertahan walaupun pasaran saham Malaysia telah menjunam 30% hingga 40%.

Pernah dengar nama syarikat Dialog Group?

Harga saham tahun 2009 = 29 sen.

Harga hari ini = RM3.22

Naik lebih dari 11 kali ganda.

Belum lagi mengira dividen tahunan yang dibayar setelah pendapatan syarikat ini juga meningkat 10 kali ganda.

Syarikat ini telah memberi pulangan yang amat besar kepada pelabur-pelabur.

Antara 3 pemilik saham terbesar syarikat Dialog adalah KWAP dan KWSP.

Pelabur-pelabur lain termasuk PNB dan tabung-tabung unit trust tempatan.

Pada tahun 2010, syarikat tempatan ini dipilih sebagai satu dari projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN dahulu.

Mereka dijadikan antara projek pemangkin pertama di Pengerang untuk pembangunan Terminal Petroleum Laut Dalam Pengerang (PDPT) serta fasiliti penyimpanan petroliam.

Tahun ini, projek mereka telah masuk fasa ke-3 setelah fasa pertama dan kedua amat berjaya.

Mereka kini memberi saingan yang kuat kepada Singapura dalam bidang mereka di Pengerang.

Sekian lama, kapasiti penapisan minyak Malaysia tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan negara mengakibatkan kita terpaksa mengimpot petrol dan bahanapi dari Singapura.

Saya pernah bertanya, mengapa kita perlu mengimpot keperluan harian petrol dan diesel dari Singapura.

Mengapa Singapura adalah hab serantau untuk industri petroliam sedangkan repubik itu bukanlah pengeluar minyak seperti Malaysia.

Pada pendapat saya, negara kita lebih layak untuk menjadi hab petroliam ASEAN.

Oleh itu, kita memberi keutamaan untuk mencapai matlamat ini dalam Pelan Transformasi Negara kita.

Akhirnya, loji penapisan minyak terbesar negara dengan kapasiti penapisan 300,000 tong sehari PETRONAS memulakan operasi,tahun lepas.

Ia bermakna negara tercinta kita ini buat pertama sekali dalam sejarah sudah mencapai tahap mampu diri atau ‘self-sufficiency’ bagi memenuhi keperluan petrol serta bahanapi lain.

Akhirnya juga, Terminal Petroleum Laut dan fasiliti penyimpanan petroliam syarikat Dialog sedang memberi saingan kuat kepada negara Singapura.

Mungkin satu hari pada masa hadapan, Malaysia mampu mengganti tempat Singapura sebagai hab petroliam untuk rantau ASEAN jika diberi tumpuan dan keutamaan yang sama seperti masa kerajaan BN dahulu.

Najib Razak

Leave a Reply