Covid-19 : Keadaan semakin baik, hanya 38 kes baru.

Kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan bawah 100 kes dengan 38 kes baru dilaporkan hari ini berbanding 51 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,780 kes dengan 1,820 kes aktif.

Bercakap pada sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu tiada kematian dilaporkan.

Sementara itu, seramai 100 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 3,862 kes.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker