Trump cadang suntik pesakit Covid-19 dengan pembasmi kuman

Share

TrumpWashington: Pakar menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyuntik pembasmi kuman sebagai rawatan untuk pesakit Covid-19.

“Bolehkah kita melakukan sesuatu seperti itu, dengan cara menyuntik ke dalam (badan)?”, katanya pada taklimat hariannya semalam, selepas mengatakan bahawa pembasmi kuman menghilangkan virus ‘dalam satu minit’.

“Ini kerana, ia masuk ke dalam paru-paru dan jumlahnya (pembasmi kuman) sangat besar pada paru-paru. Maka, adalah menarik untuk mencubanya.”


Dalam temubual dan di rangkaian sosial, doktor dan pakar menolak idea Trump secara tidak langsung.

“Idea menyuntik atau menelan semua jenis produk pembersih ke dalam badan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, dan ia berbahaya,” kata Vin Gupta, pakar pulmonologi dan pakar kesihatan global kepada NBC News.

“Ia adalah kaedah biasa yang digunakan orang ketika mereka ingin membunuh diri.”


“Kita telah melihat orang secara salah meracuni diri mereka dengan mengambil chloroquine ketika harapan mereka disemarakkan oleh komen yang tidak ilmiah,” kata Parastou Donyai, pengarah praktik farmasi dan University of Reading, merujuk kepada ubat malaria yang dipromosikan oleh Trump sebagai rawatan untuk Covid-19.

Bulan lalu seorang lelaki Arizona meninggal dunia dan isterinya berada dalam keadaan kritikal selepas mengambil chloroquine phosphate, bahan tambahan yang digunakan untuk membersihkan tangki ikan yang juga terdapat dalam ubat yang dipromosikan oleh presiden AS.

Menyuntik bahan toksik ‘memberi hanya sedikit masa untuk dirawat dan membalikkan suntikan racun,” Donyai memberi amaran.


Walter Shaub, bekas pengarah Etika Kerajaan Pentadbiran AS, mengatakan bahawa taklimat harian Trump lebih banyak membahayakan berbanding kebaikan.

“Sebagai perkhidmatan awam, silakan berhenti menyiarkan taklimat ini, ia membahayakan nyawa.

“Dan jangan minum atau menyuntikkan pembasmi kuman,” katanya.

Sekurang-kurangnya dua pengeluar produk pembersih yang dijual di AS mengeluarkan kenyataan selepas ucapan Trump, memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakannya sebagai rawatan.

“Dalam keadaan apa pun produk pembasmi kuman kami tidak boleh dimasukkan ke dalam tubuh manusia (melalui suntikan, pengambilan atau cara lain),” kata Reckitt Benckiser, pembuat Lysol dan Dettol yang berpangkalan di United Kingdom (UK), dalam satu kenyataan.

HM

Leave a Reply